Profil Sekolah

SEJARAH AWAL SK SUNGAI ITEK

Picture
Sekolah Kebangsaan Sungai Itek terletak di Jalan Dusun Seribu, Gopeng, Perak. SK Sungai Itek ini termasuk di bawah kelompak Zon Kinta Selatan, Perak. Sejarah pembukaan sekolah ini bermula pada tanggal Februari 1952 apabila banggunan sementara kepunyaan Tn. Hj Nordin dengan nama Sekolah Pintu Padang diwujudkan atas kesedaran dan semangat penduduk kampung mengenai kepentingan ilmu. Sekolah tersebut ditadbir oleh seorang Guru Besar iaitu En. Mohd Shariff B. Mutalib dan dibantu oleh dua orang guru. Bilangan murid pada masa itu adalah seramai 87 orang terdiri daripada  anak-anak penduduk kampung sekitar kawasan ini.

Pada Oktober 1953, sekolah tersebut didirikan semula atas kutipan orang kampung dan bantuan daripada pihak RIDA dan ditukar nama kapada Sekolah Umum Sungai Itek.Ia dirasmikan oleh yang Berbahagia Dato' Panglima Kinta. Majlis ini juga turut disertai oleh Penyelia Pelajaran Kinta dan wakil JPN, En. Mohd Salleh B. Ahmad A.I.M.S.

Selepas  kemerdekaan  semangat  menyekolahkan anak-anak  memuncak .Pertambahan  murid  telah membolehkan  satu bangunan  dengan  kemudahan  asas  dibina  pada  tahun  13  Oktober  1971. Sekolah  tersebut  dirasmikan  oleh YB Menteri  Besar  Perak  iaitu Dato’  Kamaruddin  Bin  Mat  Isa  dan diberi  nama Sekolah   Kebangsaan Sungai  Itek. Pada  tahun   1983   bangunan  baru  dibina  semula di bawah  Projek  kilat Kementerian  Pelajaran Malaysia dan mula  beroperasi pada tahun 1984 sehingga ke hari ini.


MOTO

SKSI  2020 ,PELAJAR  DAN  SEKOLAH  TERBILANG

VISI

MEMBUDAYAKAN PENDIDIKAN KOMPREHENSIF  BAGI  MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERUPAYA MENGHADAPI  CABARAN GLOBALISASI DAN MEMPUNYAI  PERIBADI TERPUJI

MISI

BERUSAHA    MENINGKATKAN  KUALITI    KECEMERLANGAN

OBJEKTIF