Tuesday 19 July 2011

Selia Bantu Fasilinus PPD Kinta Selatan di SK Sungai Itek, Gopeng

 
Sk Sungai Itek telah di datangi oleh Fasilinus Daerah Kinta Selatan yang terdiri darpada En, Laidi, En Suhaidi, En Fadly dan En Shahbudin. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk selia bantu bagi ujian saringan 5 yang akan datang nanti. Pn. Norazian, Pn Normah dan Pn. Siti Rugayah telah menerima selia bantu oleh pegawai fasilinus PPD Kinta Selatan.

Sunday 17 July 2011

Majlis Israk Mikraj SK Sg. Itek

 
 



 SK Sungai Itek, Gopeng telah mengadakan Majlis Israk Mikraj peringkat sekolah pada 1 Julai 2011. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan. Guru Besar, Hj. Jamaludin b. Mat Mokhtar. Antara pengisian Majlis Israk Mikraj ialah ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh En Tun Harmadinizwan guru sekolah ini. Bebberapa soalan kuiz juga telah di jawab oleh murid dan mereka diberikan hadiah berupa buku agama oleh Unit Dkwah sekolah.

Wednesday 13 July 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia


 
 
Sekolah Kebangsaan Sungai Itek telah turut sama meyertai program larian 1 Malaysia yang telah diadakan serentak di seluruh negara pada 2 Julai 2011. Larian tersebut telah dijalankan di padang sekolah bermula jam 7.00 pagi. Seramai 131 murid telah menyertai larian tersebut yang tediri daripada murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Larian 1 Malaysia telah dilepaskan oleh Tn. Hj. Jamaludin b. Mat Mokhtar, Guru Besar SK Sungai Itek.


       Acara telah dimulakan dengan darobik yang diketau oleh Adik Amirah Hadirah Aina, Semua murid dan guru telah mengambil bahagian dalam darobik ini.Selepas aktiviti meregangkan badan peserta telah memulakan larian.