Sunday 22 April 2012

Program AkurJanji Tahun 6 SK Sungai Itek

Pada 13 April 2012 SK Sungai Itek telah mengadakan aktiviti sekolah iaitu Program AkurJanji Tahun 6. Program ini untuk melihat sejauh mana murid- murid tahun 6 dapat menguasai UPSR akan datang dengan mendapat keputusan cemerlang.








Pertandingan Bola Sepak 8 Sebelah

Pada 3 April 2012 SK Sungai Itek telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak 8 sebelah yang dianjurkan oleh PPD Kinta Selatan yang telah dijalankan di padang sekolah SK Gunung Panjang Gopeng.








Saturday 21 April 2012

Majlis Jamuan Perpisahan En Ramlan Jafery

Pada 2 April 2012 Kelab Guru dan Kakitangan SK Sungai Itek telah mengadakan Jamuan Perpisahan En Ramlan Jafery yang telah bertukar ke SK Seri Jaya, Batu Gajah.







Sunday 1 April 2012

Majlis Perpisahan PK Kokurikulum

Pada 30/03/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Majlis Perpisahan En. Ramlan Jafery b Mat Johan yang bertukar ke SK Seri Jaya. Semoga beliau Maju Jaya ditempat bertugas yang baru..Sepanjang berkhidmat di SK Sungai Itek banyak sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dan kami warga SK Sungai Itek tidak akan melupakan jasa beliau.








Latihan Pengunsian Bangunan Sekolah SK Sungai Itek

Pada 29/03/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan latihan kebakaran Sekolah. Tepat jam 9.05 pagi, loceng telah dibunyikan dengan masa yang panjang menandakan Latihan Kebakaran. Sebagaimana pelan kebakaran  yang telah dikeluarkan, semua guru-guru dan murid-murid bergerak dengan teratur ke padang.Di padang, sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Azlan b Hj Che In Pegawai Bomba Gopeng. Latihan selesai lebih kurang jam 10.35 pagi.