Thursday 29 March 2012

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 35 Sesi 2012 SK Sungai Itek

Pada 28/ 03/ 2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Ismail Bin Kaulan bekas Ketua Kampung Jelintuh. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan selesai pukul 5.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis dan menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya bacaan doa, ucapan YDP PIBG En. Asmi Bin Idris, ucapan Penasihat Guru Besar SK Sungai Itek Tn. Hj Jamaludin Bin Hj Mat Mokhtar, ucapan Perasmian En Ismail Bin Kaulan dan Penyampaian Sijil Penghargaan serta Penyampaian Cenderamata Perasmi. Agenda- agenda yang dibincangkan pada hari mesyuarat tersebut ialah Melantik Pengerusi Mesyuarat, Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2011, Perkara - perkara berbangkit , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2011, Pembentangan Aktiviti 2011/2012, Pembubaran AJK sesi 2011/2012, Perlantikan AJK sesi 2012/2013, Membincangkan usul dan cadangan, Membincangkan Aktiviti PIBG 2012/2013, Hal - hal lain serta Ucapan penangguhan.. Majlis berakhir dengan jamuan dari pihak sekolah.