Wednesday 5 September 2012

Sambutan Aidilfiri Peringkat Sekolah

 Pada 30/08/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Sambutan Aidilfiri Peringkat Sekolah bagi tahun 2012.












HARI SUKAN 2012 PERINGKAT SEKOLAH


Pada 01/ 07/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan sukan tahunan peringkat sekolah.
 












Sunday 10 June 2012

PROGRAM KEMPEN SEKILO BUDI SK SUNGAI ITEK

Pada Hari Khamis 17/05/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Program Kempen Sekilo Budi. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan daripada masyarakat yang prihatin khususnya masyarakat Daerah Kampar untuk disumbangkan kepada mereka-mereka yang memerlukan di Daerah Kampar.








 SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada Hari Rabu,16 Mei 2012, Semua guru dan murid SK Sungai Itek, telah menyambut Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Hari Guru ialah Nyanyian murid-murid, Bacaan Sajak, nyanyian lagu Guru Malaysia, Ikrar Guru dan Ikrar Penjawat Awam.
 Antara objektif sambutan Hari Guru ini ialah :-
1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.

2)Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3)Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4)Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5)Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6)Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 













Sunday 22 April 2012

Program AkurJanji Tahun 6 SK Sungai Itek

Pada 13 April 2012 SK Sungai Itek telah mengadakan aktiviti sekolah iaitu Program AkurJanji Tahun 6. Program ini untuk melihat sejauh mana murid- murid tahun 6 dapat menguasai UPSR akan datang dengan mendapat keputusan cemerlang.








Pertandingan Bola Sepak 8 Sebelah

Pada 3 April 2012 SK Sungai Itek telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Bola Sepak 8 sebelah yang dianjurkan oleh PPD Kinta Selatan yang telah dijalankan di padang sekolah SK Gunung Panjang Gopeng.