Sunday 19 February 2012

Penglibatan Murid Di Rural Transformasi Center (RTC)

Pada 19 Februari yang lalu, seramai 10 orang murid telah mengambil bahagian dalam pertandingan membuat kolaj yang telah di adakan di RTC (Teman) Gopeng. Pertandingan tersebut telah dianjurkan oleh Kemas negeri Perak. Peserta SKSI telah dibahagikan kepada dua kumpulan, di mana setiap kumpulan diminta membuat kolaj yang bertajuk 'Kampungku Aman Jaya 2050'. Murid-murid SKSI terpaksa bersaing dengan hampir lebih 150 orang pelajar dari sekolah lain yang turut sama mengambil bahagian. Dalam penialaian akhir, peserta SKSI yang diketua oleh adik Zulakiha, Tahun 3 hanya berjaya memasuki kumpulan 20 yang terbaik. Namun begitu sekiranya pendedahan dan latihan yang lebih kerap dilakukan, murid SKSI pasti akan berjaya memberi saingan yang sengit.


 




 



Thursday 16 February 2012

Sambutan Maulidul Rasul SK Sungai Itek

Pada 17/02/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul. Acara sambutan dimulakan dengan selawat Nabi, ucapan Pengerusi Unit Dakwah SK Sungai Itek. Perasmian Maulidul Rasul telah disempurnakan oleh Tuan Hj Jamaludin Bin Hj Mat Mokhtar. Antara intipati ucapan beliau ialah tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W memperjuangkan dan menegakkan agama islam di bumi Arab.
Selepas Perasmian oleh Tuan Guru Besar, murid-murid dan guru-guru telah berarak di sekitar kampung Sungai Itek. Majlis telah diakhiri dengan jamuan ringan kepada murid-murid sekolah.