Tuesday 8 November 2011

Kem Membaca 1 Malaysia 2011

Pada 2.11.2011 yang lalu. SK Sungai Itek telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia. Program READ 2011 juga turut dilaksanakan pada hari itu, di mana semua warga sekolah terdiri daripada guru, murid dan pekerja sekolah turut sama mengambil bahgaian dengan membaca buku. Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai acara diadakan seperti membaca sajak, menulis puisi, membaca kuta bagi Tahun 1 dan lain-lain lagi. Ceramah membaca turut diadakan yang disampaikan oleh En. Ramlan Jafery, PK Kokurikulum SK Sungai Itek. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Hj. Jamalaudin b. Mat Mokhtar.