Sunday 10 June 2012

PROGRAM KEMPEN SEKILO BUDI SK SUNGAI ITEK

Pada Hari Khamis 17/05/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Program Kempen Sekilo Budi. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai sumbangan daripada masyarakat yang prihatin khususnya masyarakat Daerah Kampar untuk disumbangkan kepada mereka-mereka yang memerlukan di Daerah Kampar.








 SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH 2012

Pada Hari Rabu,16 Mei 2012, Semua guru dan murid SK Sungai Itek, telah menyambut Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan sempena sambutan Hari Guru ialah Nyanyian murid-murid, Bacaan Sajak, nyanyian lagu Guru Malaysia, Ikrar Guru dan Ikrar Penjawat Awam.
 Antara objektif sambutan Hari Guru ini ialah :-
1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk
perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada
masyarakat.

2)Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting
kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3)Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4)Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5)Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
6)Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.