|
|
|
|
|
|
|
|
|
Saturday, 21 April 2012
Majlis Jamuan Perpisahan En Ramlan Jafery
Pada 2 April 2012 Kelab Guru dan Kakitangan SK Sungai Itek telah mengadakan Jamuan Perpisahan En Ramlan Jafery yang telah bertukar ke SK Seri Jaya, Batu Gajah.
Monday, 2 April 2012
Sunday, 1 April 2012
Majlis Perpisahan PK Kokurikulum
Pada 30/03/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Majlis Perpisahan En. Ramlan Jafery b Mat Johan yang bertukar ke SK Seri Jaya. Semoga beliau Maju Jaya ditempat bertugas yang baru..Sepanjang berkhidmat di SK Sungai Itek banyak sumbangan yang telah diberikan oleh beliau dan kami warga SK Sungai Itek tidak akan melupakan jasa beliau.
Latihan Pengunsian Bangunan Sekolah SK Sungai Itek
Pada 29/03/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan latihan kebakaran Sekolah. Tepat jam 9.05 pagi, loceng telah dibunyikan dengan masa yang panjang menandakan Latihan Kebakaran. Sebagaimana pelan kebakaran yang telah dikeluarkan, semua guru-guru dan murid-murid bergerak dengan teratur ke padang.Di padang, sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Azlan b Hj Che In Pegawai Bomba Gopeng. Latihan selesai lebih kurang jam 10.35 pagi.
Thursday, 29 March 2012
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke - 35 Sesi 2012 SK Sungai Itek
Pada 28/ 03/ 2012 SK Sungai Itek telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh En. Ismail Bin Kaulan bekas Ketua Kampung Jelintuh. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dan selesai pukul 5.00 petang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan aluan Pengacara Majlis dan menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya bacaan doa, ucapan YDP PIBG En. Asmi Bin Idris, ucapan Penasihat Guru Besar SK Sungai Itek Tn. Hj Jamaludin Bin Hj Mat Mokhtar, ucapan Perasmian En Ismail Bin Kaulan dan Penyampaian Sijil Penghargaan serta Penyampaian Cenderamata Perasmi. Agenda- agenda yang dibincangkan pada hari mesyuarat tersebut ialah Melantik Pengerusi Mesyuarat, Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2011, Perkara - perkara berbangkit , Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2011, Pembentangan Aktiviti 2011/2012, Pembubaran AJK sesi 2011/2012, Perlantikan AJK sesi 2012/2013, Membincangkan usul dan cadangan, Membincangkan Aktiviti PIBG 2012/2013, Hal - hal lain serta Ucapan penangguhan.. Majlis berakhir dengan jamuan dari pihak sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)























