Thursday, 16 February 2012

Sambutan Maulidul Rasul SK Sungai Itek

Pada 17/02/2012 SK Sungai Itek telah mengadakan sambutan Maulidul Rasul. Acara sambutan dimulakan dengan selawat Nabi, ucapan Pengerusi Unit Dakwah SK Sungai Itek. Perasmian Maulidul Rasul telah disempurnakan oleh Tuan Hj Jamaludin Bin Hj Mat Mokhtar. Antara intipati ucapan beliau ialah tentang perjuangan Nabi Muhammad S.A.W memperjuangkan dan menegakkan agama islam di bumi Arab.
Selepas Perasmian oleh Tuan Guru Besar, murid-murid dan guru-guru telah berarak di sekitar kampung Sungai Itek. Majlis telah diakhiri dengan jamuan ringan kepada murid-murid sekolah.







Sunday, 15 January 2012

LADAP 1

Pada 14 Januari 2012 bersamaan hari sabtu yang lalu, SK Sungai Itek, Gopeng telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan yang pertama bagi tahun 2012. Sebanayak 3 slot telah disampaikan di dalam latihan dalam perkhimatan tersebut. Ladap pertama telah disampaikan oleh Pn. Arfah bagi Tajuk KSSR Duni Muzik, Slot kedua pula telah disampaikan pleh Pn. Sariyah bagi tajuk KSSR Pendidikan Moral dan slot ke tiga telah disampaikan oleh En. Ramlan Jafery bagi slot Internet dan blog sekolah.









Tuesday, 3 January 2012

Tuesday, 8 November 2011

Kem Membaca 1 Malaysia 2011

Pada 2.11.2011 yang lalu. SK Sungai Itek telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia. Program READ 2011 juga turut dilaksanakan pada hari itu, di mana semua warga sekolah terdiri daripada guru, murid dan pekerja sekolah turut sama mengambil bahgaian dengan membaca buku. Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai acara diadakan seperti membaca sajak, menulis puisi, membaca kuta bagi Tahun 1 dan lain-lain lagi. Ceramah membaca turut diadakan yang disampaikan oleh En. Ramlan Jafery, PK Kokurikulum SK Sungai Itek. Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Hj. Jamalaudin b. Mat Mokhtar.

Sunday, 9 October 2011

Resepi Rendang Ayam Perak

PKSR Akhir Tahun 2011

Perhatian kepada semua murid SK Sungai Itek. PKSR Akhir Tahun akan berlangsung pada 17 Oktober 2011 hingga 21 Oktober 2011. Semua murid dikehendaki bersedia dan mengulangkaji di rumah.